Saturday 17 November 2012


ISLAM DI MELAKA

Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat 
Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara
merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. 
Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran
agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
(1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda
juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali 
sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. 
Antaranya adalah ;

1.Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima 
Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah 
berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.

2.Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping 
berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. 
Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan

3. Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh
pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari 
Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar
dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan
penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang
subur di Melaka.

3.Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat
 turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.


4.Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di
 Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini
 telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan 
madrasah.

5.Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi 
semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan 
rakyat untuk mneganut agama Islam.

Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
1.Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam 
serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.

2.Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup
 menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal 
agama.
3.Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari 
agama dan membaca al-Quran.
4.Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli 
tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang
 mengarang kitab Insan Al-Kamil.
5.Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur,
 dan menyimpan kitab agama Islam.
6.Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah
 dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
7.Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti 
musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar
 dalam urusan pentadbiran.

KEISTIMEWAAN MELAKA

Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan
 yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka 
mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;


1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung
 daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan 
dan persinggahan kapal.


2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu 
juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk 
ke Melaka.


3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang
 boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api
 pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.


PENTADBIRAN MELAKA


Melaka ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. 
Ini adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka.
Sultan menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang
terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar 
Berenam Belas dan Pembesar Bertiga Puluh Dua.



MELAKA MENDAPAT NAMA

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba 
seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda
 hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu 
lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan
 tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, 
kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu 
pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.

Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan 
negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok
tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.












Friday 16 November 2012


Serangan Potugis ke Melaka
http://img16.imageshack.us/img16/1006/mg4606.jpg


Selepas kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Syah pada tahun 1488, anakandanya Raja Mahmud ditabalkan sebagai pemerintah kelapan Melaka. Baginda menggunakan gelaran Sultan Mahmud Syah dan masih muda ketika ditabalkan sebagai pemerintah Melaka. Oleh yang demikian, Melaka diletakkan di bawah pentadbiran Tun Perak, yang dibantu oleh pembesar-pembesar yang lain. Pembesar-pembesar Melaka terdiri daripada Tun Tahir Seri Nara Diraja sebagai Bendahari, Tun Mutahir sebagai Temenggung Seri Maharaja yang bertanggungjawab atas keselamatan dalam negeri, Hang Tuah sebagai Laksamana yang memimpin angkatan laut Melaka dan Tun Kerutup Seri Bija Diraja sebagai pemerintah angkatan darat.


Bendahara Paduka Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498 setelah berkhidmat di bawah empat orang Sultan Melaka, iaitu Sultan Muzaffar, Sultan Mansur, Sultan Alauddin dan Sultan Mahmud. Sultan Mahnud Syah kemudian melantik Tun Perpatih Putih, adik kepada Bendahara Paduka Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang baru dan dikenali sebagai Bendahara Putih.

Apabila Sultan Mahmud meningkat dewasa, baginda mengahwini saudara sepupunya, anakanda kepada Sultan Pahang, Sultan Muhammad Syah. Mereka dikurniakan dua orang puteri dan seorang putera yang bernama Raja Ahmad. Apabila Bendahara Tun Perpatih Putih meninggal dunia, Sultan Mahmud melantik Tun Mutahir Temenggung Seri Maharaja, adik kepada ibundanya sebagai Bendahara Melaka yang baru dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Anaknya Tun Hasan pula dilantik menjadi Temenggung dengan gelaran Temenggung Tun Hasan.

Kota Melaka semakin berkembang maju dengan kedatangan pedagang-pedagang asing selepas perlantikan Tun Mutahir. Ini adalah kerana kebijaksanaan dan kelancaran pentadbiran Bendahara Seri Maharaja dan kebolehannya menarik pedagang-pedagang asing untuk datang ke Melaka.

Apabila isteri Sultan Mahmud, puteri Pahang, mangkat, baginda berhasrat untuk mengahwini seorang puteri yang rupawan yang dipercayai tinggal di Gunung Ledang. Puteri itu telah menetapkan beberapa syarat yang perlu ditunaikan oleh Sultan Mahmud sebelum baginda dapat mengahwininya dan syarat-syaratnya termasuklah sejumlah besar emas dan perak serta semangkuk darah Raja Ahmad, putera Sultan yang masih kecil. Oleh kerana tidak sanggup memenuhi syarat yang terakhir itu, Sultan telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya mengahwini puteri tersebut. Walau bagaimanapun, sukar untuk dipastikan samada peristiwa ini benar-benar berlaku atau hanya sekadar satu lagenda. Namun, kisah ini kerap diceritakan secara turun temurun di kalangan orang-orang Melayu Melaka dan Johor.

Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah, Laksamana Hang Tuah telah meninggal dunia pada usia yang lanjut. Beliau telah diberikan acara pengkebumian rasmi dan disemadikan di Tanjung Keling, Melaka. Sultan kemudiannya melantik Khoja Hasan, menantu kepada Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka yang baru dan dikenali sebagai Laksamana Khoja Hasan.

Di sekitar tahun 1500, Melaka masih berada di kemuncak kekuasaan dan kegemilangannya. Kota Melaka menjadi pusat empayar Melayu yang unggul dan juga pusat perdagangan bagi kain dari India, tembikar dan sutera dari China dan rempah ratus dari kepulauan Melayu, serta markas aktiviti pengembangan Islam di kepulauan Melayu.



Pada tarikh 11 September 1509, semasa pemerintahan Sultan Mahmud dan Tun Mutahir sebagai Bendahara, satu angkatan Portugis yang terdiri daripada lima buah kapal besar yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira telah mendarat di pelabuhan Melaka. Kedatangan orang-orang Portugis ini membawa petanda buruk kerana sejurus kemudian bermulalah keruntuhan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

Maklumat lanjut berkenaan dengan Bendahara Paduka Tun Perak,sila klik di sini.