Saturday 17 November 2012


ISLAM DI MELAKA

Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat 
Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara
merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. 
Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran
agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
(1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda
juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali 
sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. 
Antaranya adalah ;

1.Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima 
Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah 
berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.

2.Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping 
berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. 
Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan

3. Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh
pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari 
Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar
dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan
penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang
subur di Melaka.

3.Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat
 turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.


4.Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di
 Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini
 telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan 
madrasah.

5.Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi 
semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan 
rakyat untuk mneganut agama Islam.

Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
1.Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam 
serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.

2.Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup
 menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal 
agama.
3.Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari 
agama dan membaca al-Quran.
4.Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli 
tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang
 mengarang kitab Insan Al-Kamil.
5.Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur,
 dan menyimpan kitab agama Islam.
6.Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah
 dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
7.Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti 
musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar
 dalam urusan pentadbiran.

3 comments: