Tempat Peranginan


Melaka terkenal dengan sejarah dan tempat pelancongannya yang cantik dan menarik. Oleh itu anda tidak akan rugi jika melancong ke negeri Melaka. Antara tempat-tempat menarik di Melaka ialah:-


Zoo Melaka

Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.
Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.
Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215spesis haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.
Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.
http://www.tempat%20peranginan.com/haseebp


Tempat Bersejarah Di Melaka

Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar dan merupakan pulau yang terbesar sekali di Melaka.  Ia merupakan sebuah pulau di luar pantai Melaka. Terletak 15km daripada Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri  disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.

Pulau Besar dikatakan penuh dengan sejarahnya yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Di antara tempat pelancongan yang menjadi tumpuan adalah seperti Makam Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail, Makam Syarifah Rodziah, Makam Saiyid Ibrahim (R.A), Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Keramat Masin Tawar, Istana Bunian, Perkampungan Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makan Seribu, Makam Tujuh Beradik, Makam Nisan Satu, Tapak Kaki Sultan Arifeen dan sebagainya. Pulau ini dianggap suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.

Terdapat chalet dan gerai-gerai yang disediakan bagi pelancong agar mereka dapat menikmati pantai yang cantik dan pemandangan yang indah. Chalet yang terdapat di sana adalah Hotel D'Puteri Kurnia di No. Tel: +606 - 295 5899 / +606 - 293 8753.






Jonker Street



Baba Nyonya dan Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.




Kota A Famosa

Peninggalan Penaklukan Portugis Kota A Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar sakan.



MUZIUM BABA DAN NYONYAPDFPrintWrite e-mail
Muzium Warisan Baba dan Nyonyababanyonyamuseum
Jalan Tun Tan Cheong Lock, Melaka
Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaire’s Row. Bangunan Muzium ini merupakan kediaman keluarga untuk tiga generasi seorang Baba.
Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.

Bayaran Masuk:
RM8.00

Waktu Operasi:
Setiap hari 10.00 pagi - 12.30 tengahari
2.00 petang - 4.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Muzium Warisan Baba-Nyonya
No. 48 & 50, Jalan Tun Tan Cheng Lock
75000 Melaka
Tel: +606-283 1273


STANA KESULTANAN MELAKAPDFPrintWrite e-mail
istana_kesultanan_melayu_01Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986.
Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut.
Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.

Bayaran Masuk:
Dewasa : RM1.00
Kanak-kanak/Pelajar : RM0.50

Waktu Operasi:
Setiap Hari : 9.00 pagi – 5.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Muzium Istana Kesultanan Melaka,
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM),
Kompleks Warisan,
Jalan Kota, 75000 Melaka.
Tel: +606-282 7464 / +606 282 6526 / +606 281 1289
Faks: +606-282 6745
Laman Web: www.perzim.gov.my



PERIGI RAJA (PERIGI HANG LI PO)PDFPrintWrite e-mail
perigirajaPerigi Raja (Perigi Hang Li Po) ini dibina pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan Mansor Shah kepada isteri beliau, Puteri Hang Li Po, seorang puteri dari negara Cina. Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan (wishing well).
Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Po.
Waktu operasi:
Setiap Hari: 7.00 pagi – 7.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Tokong Poh San Peng
Bukit China
Tel: +606-282 9343


BUKIT CHINAPDFPrintWrite e-mail
bukit_cinaBukit Cina merupakan sebuah bukit yang mana dahulunya adalah penempatan orang Cina yang terawal di Melaka. Ia seluas 26 hektar dan merupakan kubur Cina yang terbesar di luar Negara Cina. Ia mengandungi lebih kurang 12,500 kubur dan banyak daripada batu nisan di situ dikatakan wujud sejak dari Dinasti Ming.
Pada pertengahan kurun ke-15, Puteri Hang Li Po, cicit Maharaja Yong Lo, Maharaja Cina Dinasti Ming, telah dihantar ke Melaka untuk berkahwin dengan Sultan Mansur Shah pada tahun 1459 bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik di antara Melaka dan Negara Cina. Baginda Puteri membawa bersamanya rombongan pengiring seramai 500 orang. Bukit Cina, merupakan hadiah daripada Sultan Mansur Shah dan telah dijadikan tempat tinggal mereka sehingga kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.


MAKAM HANG TUAHPDFPrintWrite e-mail
Makam_Hang_TuahHang Tuah merupakan seorang pahlawan Melaka di mana kisah keberaniannya terbukti apabila semasa remaja lagi dengan tanpa bantuan sesiapa, beliau telah dapat menangkap seorang lelaki yang mengamuk di Kampung Duyong. Kehebatan ini sampai ke telinga Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke istana untuk dijadikan pahlawan termuda berkhidmat dengan Melaka. Kebolehannya yang cemerlang membuatkan beliau bersama empat sahabatnya legenda dalam sejarah Melaka.

Walaupun terdapat beberapa hikayat bahawa Hang Tuah hilang begitu sahaja dan terdapat yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat. 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
 
Tel:
 +606-282 6526
Video tempat peranginan yang menarik.



1 comment: