Wednesday 12 December 2012

Projek-Projek Yang Dihasilkan Oleh Anak Murid

Buku Panduan Guru Dan Murid



Buku Latihan Murid




Monday 3 December 2012

Perluasan Kuasa


Perluasan Kuasa
  1. Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa dan
    pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar
  2. Melalui perl;uasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju
    kerana dapat menguasai hasil ekonomi dari jajahan yang ditaklukinya
Cara-cara Perluasan kuasa
Perluasan Kuasa Melalui Peperangan
  1. Kerajaan Melayu Melaka mula menjalankan dasar perluasan kuasa pada zaman
    pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
  2. Bendahara Tun Perak adalah orang yang bertanggungjawab menjalankan dasar
    perluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka
  3. Kerajaan Melayu Melaka menjalankan dasar perluasan kuasa ini dengan melancarkan
    serangan ke atas wilayah lain
  4. Antara kawasan yang ditakluki oleh Melaka ialah merangkumi Pahang, Pantai Barat
    Semenanjung dari Perak hingga ke Johor, Singapura, Kepulauan Riau Lingga,
    Kampar dan sebahagian besar Pantai Timur
  5. Setelah menguasai wilayah-wilayah tersebut untuk mengekalkan kuasanya Kerajaan
    Melaka telah menyerahkan wilayah-wilayah ini kepada pembesar-pembesar yang
    banyak berjasa
  6. Sebagai contoh, Pahang yang ditakluki telah diserahkan kepada Sri Bija Diraja untuk
    mentadbir wilayah tersebut
  7. Kejayaan perluasan kuasa ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan mengatur
    stratregi serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban

Perluasan Kuasa Melalui Campur Tangan
  1. Melaka juga memperluaskan kuasanya melalui cara campur tangan dalam
    persengketaan politik di negeri yang menjadi saingannya
  2. Melaka telah campur tangan politik kerajaan Pasai iaitu dengan membantu Sultan
    Pasai iaitu Sultan Zainal Abidin apabila adiknya cuba merampas kuasanya
  3. Melaka juga membantu Pasai untuk kali kedua apabila Pasai berperang dengan Aru
    dan Aru dapat dikalahkan.
  4. Pasai yang berhutang budi kepada Melaka seterusnya mengakui kekuasaan Melaka
    walaupun Pasai adalah setaraf dengan Melaka

Perluasan Kuasa Melalui Perkahwinan
  1. Melaka juga berjaya memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke wilayah-wilayah
    di sekitarnya dengan mengahwinkan putera-puterinya kepada putera-putera raja wilayah
    sasaran
  2. Sebagai contoh, Sultan Melaka telah mengahwinkan puterinya dengan kerabat
    diraja Pahang dan Kampar untuk mengeratkan perhubungan di antara
    kedua-dua negara
  3. Sultan Melaka juga telah mengahwini puteri raja yang kalah dalam peperangan iaitu
    Sultan Mahmud Shah telag mengahwini puteri Sultan kelantan setelah Kelantan dapat
    dikalahkan
  4. Melalui cara ini hubungan baik dapat dipelihara disamping dapat mengukuhkan lagi
    pengaruh Melaka

Perluasan Kuasa Melalui Kerelaan
  1. Terdapat juga negeri-negeri yang secara rela hati meminta perlindungan dan ingin
    mempertahankan Melaka
  2. Negeri-negeri ini mahu berlindung di bawah kekuatan Kerajaan Melaka
  3. Antara negeri-negeri itu ialah Jambi, Lingga, Patani dan Kedah
  4. Negeri-negeri ini dikehendaki membayar ufti dan memberi hadiah kepada
    Kerajaan Melaka

Saturday 24 November 2012

Kejatuhan Empayar Melaka. Pengajaran dan yang Tersirat.





Melaka sebelum ditawan Portugis atau Peringgi ialah sebuah pusat perdagangan yang maju di Asia Tenggara. Semua masyarakat Melayu bangga dengan Melaka kerana pernah unggul dan mencapai kemuncaknya sebelum ditawan Feringgi atau Portugis. Kehebatan Hang Tuah dan Tun Perak, pencetus wawasan empayar Melaka, memeriahkan lagi sejarah kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.

Sejarah Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara atau Sang Nila Utama dari Temasek (Singapura) untuk mencari penempatan baru. Melaka dinamakan sempena pokok Melaka yang diguna Parameswara untuk berteduh. Kerajaan Melayu Melaka akhirnya berjaya dibentuk oleh Parameswara, kesenimbungan dari kerajaan Melayu di Singapura.

Kota Melaka berjaya menarik pedagang luar datang berniaga termasuk utusan Maharaja China pada tahun 1405. Melaka berjaya berkembang sebagai pusat perdagangan sehingga Maharaja Cina mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah dan negeri Melaka sebuah kerajaan yang sah. Parameswara atau nama Islamnya Raja Iskandar Shah akhirnya berjaya menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan yang maju dan mempunyai hubungan luar dengan Cina.

Ringkasan pemerintahan raja-raja Melaka.
1400 – 1414: Raja Iskandar Shah (nama Islam Parameswara)
1414 – 1424: Raja Megat Iskandar Shah
1424 – 1444: Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445: Sultan Ibrahim/Sultan Abu Sayid – dibunuh oleh pembesar Melaka akibat rasa tidak puas hati dengan pemerintahannya.
1445 – 1459: Raja Kassim/Sultan Muzaffar Shah. Melaka pernah diserang sebanyak 2 kali oleh Siam. Dipatahkan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah.
1459 – 1477: Sultan Mansur Shah – zaman kemuncak Melaka. Kegemilangan Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.
1477 – 1488: Sultan Alauddin Ri’ayat Shah
1488-1511: Sultan Mahmud Shah



Melaka mencapai zaman kemuncak kuasa ketika di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dan empayar Melaka meliputi Semenanjung Melayu, Singapura dan Sumatera. Tun Perak sebagai bendahara pada ketika itu menjadi tulang belakang dan pencetus wawasan empayar Melaka.

Kejatuhan Melaka bermula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Beliau naik takhta setelah ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia muda. Ketika itu Hang Tuah dan Tun Perak sudah tua. Ditambah lagi dengan sikap Sultan Mahmud Shah yang tidak elok, sedikit sebanyak menyumbang kemerosotan pemerintahan Melaka ketika itu. Kedatangan Portugis ke Melaka pada pada tahun 1509 tidak disenangi banyak pihak termasuk pedagang-pedagang Arab dan India Muslim. Ini ditambah lagi dengan sikap buruk orang-orang Portugis yang suka membuat kacau.

Menurut sumber Sejarah Malaysia, kedatangan Portugis awalnya dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab mendesak sultan dan bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru itu, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Feringgi atau Portugis dan menyerang angkatan laut mereka.

Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan kepada mereka. Setelah mendapati rancangan asal telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata ketika sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka.

Pada tahun 1511, satu armada Portugis kembali dan menyerang Melaka setelah beberapa siri rundingan awal gagal. Asal sebab Portugis menyerang Melaka kerana penawanan orang-orang Portugis dan kepentingan Melaka kepada mereka setelah Goa, India. Serangan pertama Portugis gagal, tetapi berjaya menawan Melaka pada serangan ke-2. Sultan Mahmud Shah telah lari ke Pahang dan kemudiannya menetap di Pagoh.

Bagaimana Melaka yang begitu kuat telah kalah dengan mudah selepas serangan kedua Portugis? Mengikut sejarah peperangan seperti U.S.yang menawan Iraq, strategi peperangan yang baik tidak akan berjaya dengan mudah jika tidak dibantu dari dalam. Dalam hal ini, tentunya Melaka mempunyai pengkhianat/pembelot yang berpaling tadah.
Penulis yakin bahawa ada fakta sejarah yang telah disorokkan. Ada pihak yang tidak mahu masyarakat Melayu Islam tahu sejarah sebenar. Bangsa Melayu sememangnya lebih hebat dari bangsa Feringgi dari segi peralatan perang dan meriam. Mana mungkin Melaka yang pernah digelar ‘Venice of East’ ditawan dengan mudah?

Ingat lagi Melaka pernah diserang oleh angkatan laut dan darat Siam ketika Sultan Muzafar Shah memerintah? Dengan kekuatan armada laut dan darat Melaka, dipimpin oleh Tun Perak, Tun Hamzah (Tok Bongkok) dan Hang Tuah, mereka berjaya menggagalkan serangan Siam. Begitu hebatnya armada laut kita sehingga tidak dapat berfungsi menghidu kehadiran Portugis malah menhalang serangan kapal Portugis. Mana menghilangnya armada laut Melaka ketika Melaka diserang? Ada pendapat mengatakan mereka berpaling tadah dan bersama-sama menyerang Melaka.

Kesian Melaka, kesian Raja Mahmud Shah dan memang patut beliau mendapat balasan demikian..Penulis tidak berkata demikian! Apapun semuanya telah berlaku dan pengajaran yang pahit terpaksa kita telan melihat empayar Melaka jatuh dalam sekelip mata. Bayangkan kesannya setelah habis perang. Harta benda dirampas, rakyat menderita dan dibunuh, perempuan/gadis Melaka dijadikan korban perang dan banyak lagi kesan yang boleh kita fikirkan apabila perang berlaku dan berakhir..


Mengikut sejarah ‘rasmi’, empayar Melaka mudah tewas kerana Portugis/Barat lebih hebat. Takkan hendak berlawan hanya bekal keris dan lembing? Melayu tiada baju besi, tiada meriam atau senjata api.. Itu kata masyarakat Melayu kita sendiri yang buta sejarah dan meperlekehkan bangsa sendiri.. Kaji dahulu sebelum ketawa!


Melayu ketika itu sudah pandai membuat baju besi.. Melayu juga hebat dengan peralatan perang.. dengan perisai baju besi, pemuras, terakol, istinggar dan meriam (Lela Rentaka).


Tidak masuk akal jikalau Melaka sebuah pelabuhan perdagangan serata dunia sebelah Asia tidak terdedah kepada teknologi terkini. Kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan Melayu nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol.



Catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan Melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan Melayu lain di Asia Tenggara.


Portugis sebenarnya dibantu oleh kerajaan-kerajaan kecil dari Siam, Jawa dan Sumatera yang tidak berpuas hati dengan Melaka dari dahulu lagi. Ditambah dengan askar upahan dari Goa, Siam dan Jawa serta bantuan pembelot dari dalam iaitu pedagang Jawa dan Cina, menambah kejayaan Portugis menawan Melaka. Siapa tidak kenal dengan pembelot Melaka, saudagar Jawa yang bernama Utimutiraja. Disebabkan rasa tidak puas hati dan inginkan emas dalam istana, dia mengarahkan hamba-hambanya yang seramai 5000 orang memihak kepada Portugis. Pendapat mengatakan Utimutiraja akhirnya dibunuh oleh Portugis kerana bimbang beliau akan belot kali ke-2.

Sultan Mahmud Shah juga tidak mementingkan kesejateraan rakyatnya. Semua perempuan cantik hendak dipunyainya.. Tun Fatimah, anak Bendahara Melaka yang cantik dicemburui sultan, telah berkahwin dengan Tun Ali. Akibat rasa cemburu dan tidak senang hati dengan tindakan Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan Tun Fatimah terlebih dahulu kepadanya, Sultan telah murka. Terlebih dahulu Datuk Mandeliar dan Si Kitol telah menghasut Sultan Mahmud Shah – masuk jarum..Alahai sultan, mudahnya terpengaruh!!

Mengikut penulisan Kassim Ahmad tentang sejarah Melaka dalam buku ” Kekerasan Dalam Sejarah”, hampir semua sultan Melaka mempunyai isteri dalam kalangan anak perempuan bendahara, termasuklah Sultan Iskandar, Sultan Muhammad Syah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah. Atas sebab inilah, perbuatan Bendahara Tun Mutahir telah berlawanan dengan amalan kebiasaan yang mana beliau seharusnya memaklumkan/mempersembahkan anak perempuannya, Tun Fatimah kepada Sultan Melaka terlebih dahulu.

Kemuncak perselisihan antara Bendahara Wan Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah berlaku akibat difitnah oleh Datuk Shahbandar Mandeliar, Si Kitol dan Laksamana Khoja Hassan. Apabila kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan berdagang, mereka telah disambut baik oleh Bendahara dan ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar. Mandeliar berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud Shah tidak berfikir panjang dan mengutuskan Tun Sura membunuh Tun Mutahir sekeluarga kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah (masih kecil).

Akibat dari perbalahan dalaman ini menyebabkan sebahagian pedagang-pedagang tidak puas hati dan marah. Keadaan Melaka bertambah kacau apabila Portugis datang buat kali ke-2 dan melancarkan perang ke atas Melaka. Kekalahan Melaka ditangan Portugis banyak disebabkan oleh faktor dalaman.

Akibat perbuatan Sultan, fitnah dan rasa iri hati serta tamak menonjolkan watak pelaku sepertiMandeliarSi Kitol dan Utimutiraja sebagai pembelot.. Mereka inilah yang membantu Portugis masuk dari pintu belakang menyerang Melaka dan tidak dijangka oleh pengawal-pengawal kota Melaka. Ibarat gunting dalam lipatan, diam-diam ada musuh dikalangan kita!

Maklumat Lanjut

Friday 23 November 2012

Kemerosotan Kesultanan Melaka


Melaka mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah. Namun, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah Melaka mengalami zaman kemerosotan. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan ialah:

1. Kelemahan Pemimpin
- Bendahara Tun Mutahir bersikap pilih kasih dalam urusan pentadbiran negara.
- Tun Perpatih Putih - tua dan uzur.
- Sultan Mahmud Shah - kurang mengambil berat hal-hal pentadbiran
- Sultan Ahmad Shah - lemah dan tidak cekap

2. Perebutan Kuasa
- Berlaku dalam kalangan pembesar
- Melantik saudara-mara sendiri sebagai pembesar-menimbulkan ketidakpuashatian
- Fitnah terhadap Tun Mutahir

3. Kelemahan Askar Melaka
- Askar Melaka hanya menggunakan tombak, keris, dan sumpit manakala Portugis
menggunakan meriam dan senapang.
- Tentera Portugis mendapat bantuan tentera Portugis di Goa, India.

4. Rakyat Tidak Setia.
- Rakyat berpecah belah dan tidak bersatu akibat kematian Tun Mutahir.
- Portugis dapat menawan Melaka setelah berjaya memusnahkan jambatan Sungai
Melaka.
- Si Kitol telah membocorkan rahsia penting tentang pertahanan Melaka kepada
Portugis.

Wednesday 21 November 2012

Pemerintahan British

* 1824: Satu Perikatan British-Belanda (juga digelarkan Perikatan London) dibuat yang mana pihak British memberi Bencoleen (Bengkulu) di Sumatra kepada pihak Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka. Perikatan ini ditandatangani untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British telah menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia).

* 1826: Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri Selat.

* 1849: Gereja St. Francis Xavier dibina untuk memperingatkannya.

* 1867: Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan British. Pejabat Pemerintahan Gabenor-Jeneral yang berpusat di India berpindah ke Pusat Pemerintahan di London.

* 1895: Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka.

* 1941: Perang Dunia ke-2 berlaku. Jepun mengebom Pearl Harbour (Pengkalan Laut yang penting di Hawai bagi Amerika Syarikat).

* 1942: Melaka jatuh ke tangan Jepun.

* 1945: British kembali menguasai Melaka setelah Jepun menyerah kalah kepada British di Singapura.

* 1948: Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak British mengistiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960.

* 1956: Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari London. Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.

Tuesday 20 November 2012

Pemerintahan Belanda Kota Di Melaka pada 1604.

 * 1641: Pihak Belanda (1641 - 1795) menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

* 1645: Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei King dan ia merupakan tokong Cina yang tertua di Malaysia. * 1645-1670: Perang antara Belanda - Naning.

 * 1650: Bangunan Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.

 * 1710: Gereja St. Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka.

* 1753: Gereja Christ, yang melambangkan seni rekabentuk Belanda, disiap sepenuhnya selepas pembinaan dua belas tahun.

* 1756: Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja telah menyerang Melaka.

* 1784: Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya tetapi terbunuh semasa pertempuran di Teluk Ketapang.

* 1795: Syarikat Hindia Timur menguasai Melaka buat sementara semasa Perang Napoleon.

 * 1807: Pihak British di bawah William Farquar mula memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda merancang untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70,000 paun sterling.

 * 1808: Kedatangan Sir Stamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan pemindahan penduduk dibatalkan.

 * 1818: Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon.

 * 1819: Sultan Husin Shah telah menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Makam baginda terdapat di Masjid Tengkera.

Kota Belanda ,Pulau Pangkor

Saturday 17 November 2012


ISLAM DI MELAKA

Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat 
Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara
merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. 
Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran
agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
(1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda
juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali 
sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. 
Antaranya adalah ;

1.Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima 
Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah 
berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.

2.Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping 
berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. 
Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan

3. Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh
pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari 
Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar
dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan
penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang
subur di Melaka.

3.Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat
 turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.


4.Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di
 Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini
 telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan 
madrasah.

5.Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi 
semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan 
rakyat untuk mneganut agama Islam.

Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
1.Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam 
serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.

2.Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup
 menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal 
agama.
3.Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari 
agama dan membaca al-Quran.
4.Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli 
tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang
 mengarang kitab Insan Al-Kamil.
5.Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur,
 dan menyimpan kitab agama Islam.
6.Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah
 dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
7.Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti 
musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar
 dalam urusan pentadbiran.