§
1400: Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka
negeri Melaka.
§
1403: Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya
telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
§
1409: Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk
mendapat perlindungan daripada serangan pihak Siam.
§
1409: Laksamana
Cheng Ho,
ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan
lagi hubungan antara kedua-dua negara.
§
1411: Parameswara diiringi
pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani
oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadapMaharaja
Yung Lo.
§
1414: Parameswara berkahwin
dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
§
1424: Parameswara mangkat dan
anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar
namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).
§
1444: Sultan Muhammad Shah
diganti oleh putera bongsunya, Raja
Ibrahim.
§
1445: Raja Ibrahim dibunuh dan
dimakamkan dengan gelaran Sultan
Abu Syahid.
§
1446: Raja Kassim menaiki tahta
dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) menaiki takhta dan
mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
§
1447: Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam
ditewaskan tidak jauh dari Muar.
§
1456: Tun
Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka
Raja. Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang
belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
§
1458: Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja
China telah menghantar Laksamana
Cheng Ho yang membawa Puteri
Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur
Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri
Cina untuk mengiring Hang Li Po.
§
1477: Sultan Mansur Shah
mangkat dan Sultan Alauddin Riayat
Shah (1477-1488) menaiki takhta pada umur 15
tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.
§
1488: Sultan Alauddin diracun
mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511).
§
1498: Tun Perak meninggal
dunia.
§
1500: Tun
Mutahir,
sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri
Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan
bendahara-bendahara.
§
1509: Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan
diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka
merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali
Putih' oleh orang tempatan. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang
oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.
§
1510: Bendahara Tun Mutahir dan
keluarganya mati dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana difitnah oleh
para pembesar bahawa beliau ingin mengatasi kekayaan sultan. Sultan Mahmud Shah
tanpa usul periksa telah memeritahkan Tun Muthahir dan keluarganya dihukum
bunuh.Kemudian Sultan menyedari akan kesilapannya lalu mengambil Tun Fatimah
sebagai isterinya dan dimashurkan sebagai Puan Besar. Sultan Mahmud Shah
memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda
sebagai Sultan sementara.
Nak Tahu Maklumat Yang Lebih Lanjut ,Sila Klik Di Sini.
Nak Tahu Maklumat Yang Lebih Lanjut ,Sila Klik Di Sini.