RPH







RPH SEJARAH TAHUN 5
Rancangan Pengajaran Harian

Matapelajaran                       : Sejarah
Tahun                                     : 5 Shahbandar
Bilangan murid                     : 30 orang
Tarikh                                     : 27 March 2012
Masa                                      : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi (60minit)
Tema                                      : Sejarah Negara Kita
Unit 3                                      : Kesultanan Melayu Melaka
Sub Unit                                 : Kegemilangan Melaka
                                                : B - Pusat Perdagangan

Hasil pembelajaran             : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, 
                                          murid dapat:

1)        Mengenalpasti peranan Melaka sebagai pusat   
        perdagangan.
2)      Menyatakan kelebihan Melaka sebagai pusat  
        perdagangan.
3)      Menyenaraikan nama negara dan aktiviti perdagangan yang dijalankan dengan Melaka.  

Unsur Patriotisme                : a)       Berbangga dengan Kesultanan Melayu Melaka
                                                sebagai pusat perdagangan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran:
1.               Pedagogi
a)      Inkuiri penemuan
b)      Kaedah Konstruktivisme
c)      Kecergasan pelbagai
d)      Kemahiran belajar
e)      Kaedah koperatif
f)       Kaedah kontekstual

a)      Komputer
b)      Laman Web
c)      Hotpotatoes

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik
Catatan
SET INDUKSI (5 minit)

1. Guru menunjukkan video berkenaan dialog pedagang-pedagang yang berurusniaga di Melaka.

2. Berdasarkan video, guru menanyakan soalan kepada murid.

• Contoh soalan:
a) Apakah yang dapat dilihat melalui video ini?

b) Di negeri manakah aktiviti perdagangan ini dijalankan?

3. Guru mengaitkan jawapan murid  dengan unit pelajaran hari ini, iaitu Melaka sebagai pusat perdagangan.




Inkuiri Penemuan:
Menjana idea







KB :
Berfikir, melihat, mendengar


BBM:
Multimedia (Gabungan video dan audio)
Video dialog bertajuk pedagang-pedagang yang berurusniaga di Melaka.
Laman web  www.wix.com/cammymimie/sejarah-tahun-5




LANGKAH 1 (30 minit)

1. Guru meminta murid-murid melayari laman web www.wix.com/cammymimie/sejarah-tahun-5

2. Guru menerangkan konsep pusat perdagangan dan konsep entreport.

3. Guru menerangkan kelebihan Melaka sebagai pusat perdagangan.

3. Guru menunjukkan peta Asia yang memperlihatkan kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan.

4. Guru menyenaraikan negara dan barang dagangan yang di bawah oleh para pedagang.



Kaedah Konstruktivisme








BBM:
Laman web
www.wix.com/cammymimie/sejarah-tahun-5














Nilai : Bersyukur dan berbangga
Langkah 2 (15 minit)

1. Guru menerangkan penggunaan perisian hotpotatoes bagi  menjawab soalan teka silang kata peranan Melaka sebagai  pusat perdagangan dan  nama negara serta aktiviti perdagangan yang dijalankan dengan Melaka.

2. Murid diminta menjawab soalan teka silang kata menggunakan perisian hotpotatoes dengan bimbingan guru.

3. Guru membincangkan jawapan  soalan teka silang kata bersama murid.  



TKP :
Verbal-linguistik








Kaedah kontekstual




BBM :
Soalan teka silang kata peranan Melaka sebagai  pusat perdagangan dan   nama negara serta aktiviti perdagangan yang dijalankan dengan Melaka.
Perisian hotpotatoes






Nilai Murni : Kerjasama
LANGKAH 3 (5 minit)

1. Murid dikehendaki memilih jawapan yang tepat untuk melengkapkan padanan yang diberi menggunakan perisian hotpotatoes.


2. Murid diminta menjawab soalan suai dan padan menggunakan perisian hotpotatoes dengan bimbingan guru.

3. Guru membincangkan  Soalan suai dan padan, nama negara dan aktiviti perdagangan yang dijalankan dengan Melaka.



Inkuiri Penemuan:
Menjana idea





KB: Pemerhatian






TKP:
Visual Ruang




BBM :
Soalan suai dan padan, nama negara dan aktiviti perdagangan yang dijalankan dengan Melaka.
Perisian hotpotatoes
.

PENUTUP (5 MINIT)

1. Guru meminta murid menerangkan isi pelajaran hari ini secara ringkas.

2. Murid dapat menerangkan peranan Melaka sebagai pusat perdagangan


TKP :
Intrapersonal





RUJUKAN

Roslan Yatim, Sivarajan Ponniah, A Rahman T. Ahmad. (2006), Kajian Tempatan Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.





RPH Kedua

Rancangan Mengajar Harian Kajian Tempatan Tahun 5
Mata Pelajaran : Kajian Tempatan

Tahun : 5 Kuning

Bil. Murid : 35 Orang

Tarikh : 19 September 2011

Masa : 10.40pagi – 11.40 pagi ( 60 minit )

Tema : Sejarah Negara Kita

Topik : Kegemilangan Melaka

Subtopik : Pusat Perdagangan

Hasil pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat :
1. Menerangkan Melaka sebagai pusat perdagangan.
2. Menceritakan aktiviti perniagaan di Melaka.

Objektif pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :
1. Menerangkan Melaka sebagai pusat perdagangan dengan menyenaraikan pedagang
    yang berdagang di Melaka.
2. Menceritakan aktiviti perniagaan di Melaka melalui aktiviti menyenaraikan barang  
     yang diperdagangkan serta membuat pembentangan.
3. Mengkategorikan barang – barang yang diperdagangkan di Melaka mengikut Negara
    yang terlibat.

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mempelajari mengenai kegemilangan  
                                         Melaka pada sesi pengajaran sebelum ini.

Nilai–nilai murni : Bekerjasama, berani

Unsur patriotisme : Berbangga dengan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat
                               perdagangan

Bahan bantu mengajar :
Peta Asia Tenggara, lembaran kerja cCari perkataan tersembunyi, kad perkataan nama Negara, bunga cengkih, buah pala, lada hitam, gambar barang dagangan, sampul surat berwarna dan skrip lakonan.

KBKK : Menjana idea, menyelesaikan masalah

Pembelajaran Koperatif     : Perbincangan (Sumbangsaran) , main peranan


Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(± 6 minit )
Lakonan untuk mengatikan dengan topik pembelajaran pada hari ini.
1.Guru meminta lima orang murid untuk melakonkan aktiviti perniagaan.
2.Guru memberikan skrip lakonan kepada lima orang murid tersebut.
3.Guru meminta murid-murid lain menonton lakonan tersebut dan seterusnya mengemukakan soalan.
Soalan :
a)Apakah aktiviti yang sedang berlaku?
b)Di manakah berlaku banyak aktiviti jual beli barang?
4.Guru mengaitkan jawapan murid dengan   
topik pelajaran hari ini iaitu  Melaka
sebagai pusat perdagangan.

BBM :
Skrip Lakonan

Nilai murni:  
Menghargai

KBKK  : Menjana idea

Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal
Kinestatik

Langkah 1
(± 8 minit )
MenerangkanKegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangankepada murid-murid
1.Guru mempersembahkan pengajaran Kegemilangan Melakamelalui Ms Power Point.
2.Guru memberi penjelasan tentang keadaan Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan kepada murid-murid.
3.Murid-murid menonton Ms Power Point dan mendengar penerangan daripada guru dengan teliti.

Kaedah:
Membuat penerangan,
Bersoal jawab

Nilai murni:
Keyakinan

BBM :
Ms Power Point, komputer, projektor LCD

KBKK:
Menyelesaikan masalah
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik

Langkah 2
(±10 minit )
Aktiviti kumpulan :
Murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk mendapatkan jawapan.


1.Murid-murid dibahagikan kepada 7 kumpulan.
2.Secara berkumpulan, guru mengedarkan peta Asia Tenggara kosong kepada setiap ahli kumpulan dan kad perkataan yang mengandungi nama-nama Negara yang berdagang ke Melaka.
3.Guru memberikan arahan kepada para pelajar.
4.Pelajar dikehendaki memadankan kad perkataan tersebut dengan peta yang telah disediakan.
5.Guru membuat perbincangan mengenai hasil kerja murid-murid.
6.Guru memberi penerangan mengenai Melaka sebagai pusat perdagangan.

BBM :
Peta kosong untuk
setiap kumpulan, kad perkataan nama Negara.
 
Nilai murni:
Bekerjasama

KBKK : Menjana Idea, menyelesakaikan    
Masalah

Kecerdasan Pelbagai :
Visual-spatial, Interpersonal
  
Langkah 3
(±12 minit )
Demonstrasi
1.Di dalam kumpulan masing-masing, guru membahagikan sampul surat berwarna.
2.Dengan arahan guru, ketua kumpulan dikehendaki membuka sampul tersebut dan membaca tugasan yang diberikan kepada ahli kumpulan masing-masing.
3.Murid-murid dikehendaki menyenaraikan nama-nama barang yang diperdagangkan mengikut tugasan yang diberikan melalui sampul surat tersebut.
4.Selesai melengkapkan tugasan yang diberi, wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki membuat pembentangan di hadapan kelas mengenai hasil dapatan yang diperolehi.
5.Guru memberikan penerangan mengenai hasil pembentangan yang telah diberikan dan membetulkan sekiranya berlaku kesilapan.

BBM :
Sampul surat
berwarna.

Nilai Murni :
 Bekerjasama,  
 berani

KBKK :: Menyelesaikan 
masalah

Kecerdasan Pelbagai :
Interpersonal, verbal - linguistik
          
Langkah 4
(±15 minit )
Aktiviti memadankan gambar-gambar barang dagangan dengan peta yang telah disediakan.

1.Guru meletakkan gambar-gambar barang dagangan di hadapan bersama dengan buah pala, bunga cengkih dan lada hitam.
2.Wakil setiap kumpulan dikehendaki mengambil gambar-gambar dan barang dagangan berdasarkan barang yang telah mereka senaraikan pada aktiviti sebelum ini.
3.Murid-murid dikehendaki menampal gambar-gambar tersebut pada peta yang telah disediakan.
4.Selesai melengkapkan peta tersebut dengan gambar barang dagangan, guru dan murid-murid berbincang mengenai hasil tugasan yang diberikan.

BBM :
Gambar barang
dagangan,
bunga cengkih,
buah pala,
lada hitam, peta

Nilai murni :
Bekerjasama

KBKK :
Menjana idea,
mengklasifikasi

Kecerdasan Pelbagai :
Visual spatial

Penutup
(±9 minit )
Membuat rumusan
1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada
murid-murid.
2.Murid-murid dikehendaki melengkapkan
lembaran kerja tersebut di rumah masing-masing.
3.Secara rawak, murid dikehendaki membuat
rumusan mengenai topik pada
hari ini.
BBM :
Lembaran kerja
  
Nilai murni:
Menghargai

Unsur patriotisme.

Berbangga dengan
Kesultanan Melayu
Melaka sebagai
pusat
perdagangan.

KBKK :
Menyelesaikan
Masalah

Kecerdasan Pelbagai :
Interpersonal











No comments:

Post a Comment