Monday 3 December 2012

Perluasan Kuasa


Perluasan Kuasa
  1. Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa dan
    pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar
  2. Melalui perl;uasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju
    kerana dapat menguasai hasil ekonomi dari jajahan yang ditaklukinya
Cara-cara Perluasan kuasa
Perluasan Kuasa Melalui Peperangan
  1. Kerajaan Melayu Melaka mula menjalankan dasar perluasan kuasa pada zaman
    pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
  2. Bendahara Tun Perak adalah orang yang bertanggungjawab menjalankan dasar
    perluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka
  3. Kerajaan Melayu Melaka menjalankan dasar perluasan kuasa ini dengan melancarkan
    serangan ke atas wilayah lain
  4. Antara kawasan yang ditakluki oleh Melaka ialah merangkumi Pahang, Pantai Barat
    Semenanjung dari Perak hingga ke Johor, Singapura, Kepulauan Riau Lingga,
    Kampar dan sebahagian besar Pantai Timur
  5. Setelah menguasai wilayah-wilayah tersebut untuk mengekalkan kuasanya Kerajaan
    Melaka telah menyerahkan wilayah-wilayah ini kepada pembesar-pembesar yang
    banyak berjasa
  6. Sebagai contoh, Pahang yang ditakluki telah diserahkan kepada Sri Bija Diraja untuk
    mentadbir wilayah tersebut
  7. Kejayaan perluasan kuasa ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan mengatur
    stratregi serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban

Perluasan Kuasa Melalui Campur Tangan
  1. Melaka juga memperluaskan kuasanya melalui cara campur tangan dalam
    persengketaan politik di negeri yang menjadi saingannya
  2. Melaka telah campur tangan politik kerajaan Pasai iaitu dengan membantu Sultan
    Pasai iaitu Sultan Zainal Abidin apabila adiknya cuba merampas kuasanya
  3. Melaka juga membantu Pasai untuk kali kedua apabila Pasai berperang dengan Aru
    dan Aru dapat dikalahkan.
  4. Pasai yang berhutang budi kepada Melaka seterusnya mengakui kekuasaan Melaka
    walaupun Pasai adalah setaraf dengan Melaka

Perluasan Kuasa Melalui Perkahwinan
  1. Melaka juga berjaya memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke wilayah-wilayah
    di sekitarnya dengan mengahwinkan putera-puterinya kepada putera-putera raja wilayah
    sasaran
  2. Sebagai contoh, Sultan Melaka telah mengahwinkan puterinya dengan kerabat
    diraja Pahang dan Kampar untuk mengeratkan perhubungan di antara
    kedua-dua negara
  3. Sultan Melaka juga telah mengahwini puteri raja yang kalah dalam peperangan iaitu
    Sultan Mahmud Shah telag mengahwini puteri Sultan kelantan setelah Kelantan dapat
    dikalahkan
  4. Melalui cara ini hubungan baik dapat dipelihara disamping dapat mengukuhkan lagi
    pengaruh Melaka

Perluasan Kuasa Melalui Kerelaan
  1. Terdapat juga negeri-negeri yang secara rela hati meminta perlindungan dan ingin
    mempertahankan Melaka
  2. Negeri-negeri ini mahu berlindung di bawah kekuatan Kerajaan Melaka
  3. Antara negeri-negeri itu ialah Jambi, Lingga, Patani dan Kedah
  4. Negeri-negeri ini dikehendaki membayar ufti dan memberi hadiah kepada
    Kerajaan Melaka

2 comments:

  1. Tahniah! Blog yang menarik dan berinformasi. Teruskan mengemaskini blog anda.

    ReplyDelete
  2. Maklumat ini dapat menambahkan pengetahuan dan menarik !

    ReplyDelete