* 1641: Pihak Belanda (1641 - 1795) menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.
* 1645: Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei King dan ia merupakan tokong Cina yang tertua di Malaysia.
* 1645-1670: Perang antara Belanda - Naning.
* 1650: Bangunan Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.
* 1710: Gereja St. Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka.
* 1753: Gereja Christ, yang melambangkan seni rekabentuk Belanda, disiap sepenuhnya selepas pembinaan dua belas tahun.
* 1756: Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja telah menyerang Melaka.
* 1784: Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya tetapi terbunuh semasa pertempuran di Teluk Ketapang.
* 1795: Syarikat Hindia Timur menguasai Melaka buat sementara semasa Perang Napoleon.
* 1807: Pihak British di bawah William Farquar mula memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda merancang untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70,000 paun sterling.
* 1808: Kedatangan Sir Stamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan pemindahan penduduk dibatalkan.
* 1818: Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon.
* 1819: Sultan Husin Shah telah menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Makam baginda terdapat di Masjid Tengkera.
Kota Belanda ,Pulau Pangkor
Tuesday, 20 November 2012
Saturday, 17 November 2012
ISLAM DI MELAKA
Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat
Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara
merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam.
Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran
agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
(1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda
juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali
juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali
sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka.
Antaranya adalah ;
1.Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima
Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah
berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.
2.Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping
berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam.
Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan
3. Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh
pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari
Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar
dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan
penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang
subur di Melaka.
3.Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat
turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.
4.Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di
Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini
telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan
madrasah.
5.Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi
semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan
rakyat untuk mneganut agama Islam.
![]() |
Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
1.Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam
serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
2.Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup
menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal
agama.
3.Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari
agama dan membaca al-Quran.
4.Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli
tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang
mengarang kitab Insan Al-Kamil.
5.Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur,
dan menyimpan kitab agama Islam.
6.Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah
dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
7.Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti
musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar
dalam urusan pentadbiran.
KEISTIMEWAAN MELAKA
Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan
yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka
mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;
1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung
daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan
dan persinggahan kapal.
2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu
juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk
ke Melaka.
3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang
boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api
pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.
PENTADBIRAN MELAKA
Melaka ditadbir
secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
Ini adalah untuk
memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka.
Sultan menjadi ketua kerajaan dan
dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang
terdiri daripada Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu
oleh Pembesar Berlapan, Pembesar
Berenam Belas dan Pembesar Bertiga Puluh Dua.
MELAKA MENDAPAT NAMA
Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba
seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda
hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu
lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan
tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu,
kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu
pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.
Friday, 16 November 2012
Serangan Potugis ke Melaka
Selepas kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Syah pada tahun 1488, anakandanya Raja Mahmud ditabalkan sebagai pemerintah kelapan Melaka. Baginda menggunakan gelaran Sultan Mahmud Syah dan masih muda ketika ditabalkan sebagai pemerintah Melaka. Oleh yang demikian, Melaka diletakkan di bawah pentadbiran Tun Perak, yang dibantu oleh pembesar-pembesar yang lain. Pembesar-pembesar Melaka terdiri daripada Tun Tahir Seri Nara Diraja sebagai Bendahari, Tun Mutahir sebagai Temenggung Seri Maharaja yang bertanggungjawab atas keselamatan dalam negeri, Hang Tuah sebagai Laksamana yang memimpin angkatan laut Melaka dan Tun Kerutup Seri Bija Diraja sebagai pemerintah angkatan darat.
Bendahara Paduka Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498 setelah berkhidmat di bawah empat orang Sultan Melaka, iaitu Sultan Muzaffar, Sultan Mansur, Sultan Alauddin dan Sultan Mahmud. Sultan Mahnud Syah kemudian melantik Tun Perpatih Putih, adik kepada Bendahara Paduka Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang baru dan dikenali sebagai Bendahara Putih.
Apabila Sultan Mahmud meningkat dewasa, baginda mengahwini saudara sepupunya, anakanda kepada Sultan Pahang, Sultan Muhammad Syah. Mereka dikurniakan dua orang puteri dan seorang putera yang bernama Raja Ahmad. Apabila Bendahara Tun Perpatih Putih meninggal dunia, Sultan Mahmud melantik Tun Mutahir Temenggung Seri Maharaja, adik kepada ibundanya sebagai Bendahara Melaka yang baru dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Anaknya Tun Hasan pula dilantik menjadi Temenggung dengan gelaran Temenggung Tun Hasan.
Kota Melaka semakin berkembang maju dengan kedatangan pedagang-pedagang asing selepas perlantikan Tun Mutahir. Ini adalah kerana kebijaksanaan dan kelancaran pentadbiran Bendahara Seri Maharaja dan kebolehannya menarik pedagang-pedagang asing untuk datang ke Melaka.
Apabila isteri Sultan Mahmud, puteri Pahang, mangkat, baginda berhasrat untuk mengahwini seorang puteri yang rupawan yang dipercayai tinggal di Gunung Ledang. Puteri itu telah menetapkan beberapa syarat yang perlu ditunaikan oleh Sultan Mahmud sebelum baginda dapat mengahwininya dan syarat-syaratnya termasuklah sejumlah besar emas dan perak serta semangkuk darah Raja Ahmad, putera Sultan yang masih kecil. Oleh kerana tidak sanggup memenuhi syarat yang terakhir itu, Sultan telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya mengahwini puteri tersebut. Walau bagaimanapun, sukar untuk dipastikan samada peristiwa ini benar-benar berlaku atau hanya sekadar satu lagenda. Namun, kisah ini kerap diceritakan secara turun temurun di kalangan orang-orang Melayu Melaka dan Johor.
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah, Laksamana Hang Tuah telah meninggal dunia pada usia yang lanjut. Beliau telah diberikan acara pengkebumian rasmi dan disemadikan di Tanjung Keling, Melaka. Sultan kemudiannya melantik Khoja Hasan, menantu kepada Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka yang baru dan dikenali sebagai Laksamana Khoja Hasan.
Di sekitar tahun 1500, Melaka masih berada di kemuncak kekuasaan dan kegemilangannya. Kota Melaka menjadi pusat empayar Melayu yang unggul dan juga pusat perdagangan bagi kain dari India, tembikar dan sutera dari China dan rempah ratus dari kepulauan Melayu, serta markas aktiviti pengembangan Islam di kepulauan Melayu.
Pada tarikh 11 September 1509, semasa pemerintahan Sultan Mahmud dan Tun Mutahir sebagai Bendahara, satu angkatan Portugis yang terdiri daripada lima buah kapal besar yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira telah mendarat di pelabuhan Melaka. Kedatangan orang-orang Portugis ini membawa petanda buruk kerana sejurus kemudian bermulalah keruntuhan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
Maklumat lanjut berkenaan dengan Bendahara Paduka Tun Perak,sila klik di sini.
Wednesday, 3 October 2012
§
1400: Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka
negeri Melaka.
§
1403: Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya
telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
§
1409: Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk
mendapat perlindungan daripada serangan pihak Siam.
§
1409: Laksamana
Cheng Ho,
ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan
lagi hubungan antara kedua-dua negara.
§
1411: Parameswara diiringi
pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani
oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadapMaharaja
Yung Lo.
§
1414: Parameswara berkahwin
dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
§
1424: Parameswara mangkat dan
anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar
namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).
§
1444: Sultan Muhammad Shah
diganti oleh putera bongsunya, Raja
Ibrahim.
§
1445: Raja Ibrahim dibunuh dan
dimakamkan dengan gelaran Sultan
Abu Syahid.
§
1446: Raja Kassim menaiki tahta
dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) menaiki takhta dan
mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
§
1447: Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam
ditewaskan tidak jauh dari Muar.
§
1456: Tun
Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka
Raja. Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang
belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
§
1458: Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja
China telah menghantar Laksamana
Cheng Ho yang membawa Puteri
Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur
Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri
Cina untuk mengiring Hang Li Po.
§
1477: Sultan Mansur Shah
mangkat dan Sultan Alauddin Riayat
Shah (1477-1488) menaiki takhta pada umur 15
tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.
§
1488: Sultan Alauddin diracun
mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511).
§
1498: Tun Perak meninggal
dunia.
§
1500: Tun
Mutahir,
sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri
Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan
bendahara-bendahara.
§
1509: Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan
diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka
merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali
Putih' oleh orang tempatan. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang
oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.
§
1510: Bendahara Tun Mutahir dan
keluarganya mati dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana difitnah oleh
para pembesar bahawa beliau ingin mengatasi kekayaan sultan. Sultan Mahmud Shah
tanpa usul periksa telah memeritahkan Tun Muthahir dan keluarganya dihukum
bunuh.Kemudian Sultan menyedari akan kesilapannya lalu mengambil Tun Fatimah
sebagai isterinya dan dimashurkan sebagai Puan Besar. Sultan Mahmud Shah
memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda
sebagai Sultan sementara.
Nak Tahu Maklumat Yang Lebih Lanjut ,Sila Klik Di Sini.
Nak Tahu Maklumat Yang Lebih Lanjut ,Sila Klik Di Sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


